Nuffnang ads

Monday, January 26, 2015

Thursday, January 8, 2015

Apa azam tahun 2015

Yahuu..okay aku bersyukur sangat dapat jumpa tahun 2015. Ini bermakna aku da 29 tahun. Okay 29 tahun still bujang. Bertenang - bertenang.

Tahun ni konon aku ada azam baru la yang perlu aku buat. Bukan aku sorang ja tapi aku drag sekali kawan2 lepak aku untuk join together.

Agak2 apa azam tahun 2015 ya?
Jom tengok..

Teka la apa azam aku?

Wednesday, January 7, 2015

Perlu ke urut kaki jika terseliuh?

Perlu. Aku tadi baru balik dari rumah cik suri tukang urut. Dengan cas 10 ringgit yang dikenakan kaki aku macam stabil sikit setakat ni. Aku belum jumpa doktor. Cuma tanya encik tunang aku dia respon begini. Kamu pergi je cucuk nanti baik la kaki tu. Sampai hari ni aku tak pergi klinik. Degil. Tapi cik suri nasihatkan aku ambil makanan yang ada kalsium. Aku ada juga beli minyak angin yang cik suri jual. Rm 5 ringgit. Petua yang dia bagi sapu minyak secara menurun sampai di tempat sakit sapu saja perlahan2 lepas tu pakai stokin. Okay noted. Aku dengan tekad balik rumah dan buat seperti yang diarahkan. Kaki ooo kaki cepat la baik.

Tuesday, January 6, 2015

Apa rahsia mahu bisnes maju?

Pengalaman aku sepanjang terlibat dalam bisnes kecil sendiri atau bisnes kawan-kawan apa yang penting untuk bertahan atau maju kita kena:
-banyak bersedekah
-jual barang yang kualitinya baik
-jangan kejar untung sangat. Biar margin untung kecil tapi besar margin pembelinya
-jangan paksa orang membeli tapi tingkatkan promosi
-target waktu yang sesuai untuk jual barang
-bersyukur yang sedikit untuk dapat yang banyak.
-boleh buat dropship kalau kita sibuk tak sempat nak promote barang kita

Okay tu saja setakat ni yang aku dapat belajar.

Apa rasa kalau kaki terseliuh?

Jangan ditanya la apa rasa. Rasa sakit yang amat susah nak cakap.

Alkisahnya aku memang aktif mengusik si kecik dalam rumah aku. Main kejar2. Ini la sindrom orang tua tak habis lagi eid dalam diri. Patutnya superego dah menguasai sepenuhnya. Tapi itu la aku.

Ligan punya ligan anak buah aku sambil terkekek gelak..prap prap bunyi kaki. Allah.. aku jatuh terduduk tak sama macam nangka busuk jatuh. Aku lagi dasyat.

Saat tu aku rasa kaki aku macam dah hilang sebelah. Paling lawak aku jerit2 dengan nada mintak simpati. Anak buah yang aku kejar tadi diam terpaku. Mesti dia fikir aku berlakon.

Oii sakit nak oiii...

Ish kaki hang belum patah pun terseliuh ja. Itu komen abg sulong aku sambil sapu minyak angin pada kaki aku. Tu la kali pertama abang aku rawat kaki aku. Sebelum ni rutin aku salam cium tangan ja. Bagus juga insiden ni. Membuktikan abang aku tu bertanggungjawab la juga.

Untuk kurangkan rasa sakit, aku baring sambil letak kaki aku tinggi2. Kurang la juga sakit tu. Tapi yang peliknya..hurmm esoknya bangun tidur..alamak kenapa kaki aku sama size dengan kaki gajah..itu tanda urat da masuk angin. Yer la kot.

So saat ni dah masuk 2 minggu aku tanggung sakit tu. Takpa2 aku sabaq ja tunggu saat untuk baik.